CIRI-CIRI WANITA SHOLEHAH


assalamualaikum Wr.Wb.
CIRI-CIRI WANITA SHOLEHAH

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita
untuk menerima gelar sholehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang
penuh kenikmatan dari Alloh SWT.

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat
saja yaitu :

1. Taat kepada Alloh dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Alloh dan RasulNya, diantaranya :
– Mencintai Alloh SWT dan Rasulullah SAW melebihi dari segala-galanya.
– Wajib  menutup aurat
– Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
– Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada
bersamanya mahramnya.
– Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
– Berbuat baik kepada ibu & bapak
– Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
– Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
– Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami, diantaranya :
– Memelihara kewajiban terhadap suami
– Sentiasa menyenangkan suami
– Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada
dirumah.
– Tidak cemberut dihadapan suami.
– Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
– Tidak keluar tanpa izin suami.
– Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
– Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
– Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
– Sentiasa memelihara diri, kebersihan fisik dan kecantikannya serta
kebersihan rumahtangga.

Faktor Yang Merendahkan Martabat Wanita

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah datang dari faktor
dalam. Bukanlah faktor luar atau yang berbentuk material sebagaimana
yang digembar-gemborkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah :

  • Lupa mengingat Alloh,

terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau
memelihara  anak-anak, maka tidak heran jika banyak wanita yang tidak
menyadari bahwa dirinya telah lalai dari mengingat Alloh. Dan saat
kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri
mereka, dimana syetan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan
peranannya.

Firman Alloh SWT di dalam surah al-Jathiah, ayat 23:
“Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa
nafsunya sebagai Tuhannya dan Alloh membiarkannya sesat berdasarkan
ilmunya. Dan Alloh telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan
meletakkan tutupan atas penglihatannya.”

Sabda Rasulullah SAW :
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung
kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Alloh SWT bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah
menghadiri majlis-majlis ilmu.

  • Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya
memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan
syetan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar
sama-sama bergelimang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup
durhaka kepada Alloh SWT hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu
sedikit.

Firman Alloh SWT didalam surah al-An’am:
“Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian
dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang
bertakwa, oleh karena itu tidakkah kamu berfikir.”

  • Mudah terpedaya dengan syahwat,
  • Lemah iman,
  • Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

Ad-dunya mata’ , khoirul mata’
al mar’atus sholich

Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang baik adalah

Wanita  sholichah.

Wassalamualaikum Wr.Wb.

—————————–

sumber:

tak diketahui

About these ads

97 comments on “CIRI-CIRI WANITA SHOLEHAH

  1. Ping-balik: CIRI-CIRI WANITA SHOLEHAH « * Jajakabiru

Silahkan Kasih Komentar, GRATISS Loh....!!

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s